Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) Bersama Pelajar Tingkatan 6 SMK Sri Kukup
26 September 2024 | Aktiviti TerkiniPada hari rabu bersamaan 25 September 2024 telah diadakan satu taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) bersama Pelajar Tingkatan 6 SMK Sri Kukup bermula jam 12.30 tengah hari sehingga jam 2.00 petang. Seramai 47 orang pelajar dan 3 orang guru telah menghadiri taklimat yang diadakan di Dewan Tertutup Tingkatan 6. Taklimat telah disampaikan oleh Pengurus NADI bertajuk ‘Keselamatan Internet’.
Taklimat ini diselang selikan dengan paparan video yang terdapat di dalam slaid sambil permainan kuiz digital yang disediakan di akhir paparan. Seusai taklimat diadakan, para pelajar diarahkan untuk mengesahkan kehadiran dan bergambar sebagai tanda kenang-kenangan. NADI Tanjung Piai ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pentadbiran Tingkatan 6 atas kesudian menerima taklimat yang diadakan demi kemaslahatan kepada semua pelajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: